Tag Archives: tarbiyah

Maaf, aku tak boleh .

 

 

Segala puji bagi Allah s.w.t  yang telah memberi  ruang  dan peluang kepada kita bernafas dan bernyawa lagi pada pagi yang tenang lagi dingin ini.  Setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan diatas nikmat yang terbesar yakni nikmat ISLAM dan IMAN.

Alhamdulillah. Keindahan pagi  pada hari ini menarik jiwa dan raga ana untuk menulis sebuah cerpen yang bertajuk “Maaf, aku tak boleh”.Dah lama ana bercadang untuk menulis cerpen ni, tetapi  dek kerana mengalami sedikit kekangan masa, ana matikan saja hajat itu. Pada pagi ini, keinginan itu kembali membuak-buak dan idea serta ilham datang silih berganti dan meminta untuk diluahkan di atas kertas. (ceewah !!). ana  sebenarnya tak pandai pun menulis cerpen ni. Kira ni “beginner”. Kalau kurang tu, maaf la yer ^___^ Baiklah selamat membaca ya sahabat yang dirahmati Allah.

***

Hampir sebulan aku menjalani kehidupan sebagai  seorang mahasiswi . Banyak perbezaan dengan  alam persekolahan dulu. Sedang aku sibuk mengemas nota dan buku-buku yang bersepah di atas meja, tiba-tiba kedengaran daun pintu bilik aku diketuk.seketika selepas itu, kelihatan sebatang tubuh sudah berdiri sambil tangannya masih ditombol pintu.

“Assalamualaikum Firza, awak perasan tak ada poster tampal kat depan blok kita?”

“Waalaikumsalam. Lah Ain masuklah.Poster tentang  apa?”

Ain masuk dan terus merebahkan punggungnya ke katil  seraya berkata,

“Alah, tentang  hari Majlis Tinta Kasih Kolej hujung minggu depan. Ada nak pakai orang untuk jadi  team  teater untuk persembahan majlis tu nanti.  Jom kita masuk Firza ! awk kan pandai berlakon, sy nak jadi belakang-belakang tabir je .”

“Boleh lah . Lama dah tak join teater ni . set !!.”

“Cantik ! nanti sy hantar nama kita pada ajk eh.” Jawab Ain dengan penuh semangat.

Riak kegembiraan bersinar di wajah Ain membuatkan aku turut menempiaskan senyuman.

“Eh jangan lupa hantar nama Lisya dengan Zalfa sekali. Diorang  mesti nak join.”

“ Jangan risau la Firza , diorang dah cakap awal-awal  nak join team teater tu. Baiklah sy balik dulu.  Ha sebelum sy terlupa , tadi kak Iffah msg, dia kata antara maghrib isyak ni ada usrah kat surau, jangan lupa turun.”

“InsyaAllah sy turun. Terima kasih Ain.”

Aku merebahkan diri ke katil. Tak lama selepas tu minda aku menerawang dan ingatanku terbang pada peristiwa yang berlaku dua minggu selepas aku bergelar seorang mahasiswi jurusan senibina.  Jurusan yang agak “hardcore” kata orang membuatkan aku rasa “lost” seminggu belajar di situ.  Mata pelajarannya  juga  susah.  Mungkin aku belum biasa dengan keadaan pembelajaran di Universiti yang agak berbeza dari sekolah.  Aku sering memerapkan diri di dalam bilik. Ain yang merupakan kawan sekolah aku juga mengambil jurusan dan universiti yang sama denganku turut perasan perubahan yang berlaku pada diriku.

“Firza kenapa sy tengok awk asyik diam je?”

“tak tahulah Ain, kenapa sy rasa lost dan tak tenteram je ni. Sy rasa macam tak boleh “carry on” lah dengan jurusan Senibina ni.  “

“Sabar lah Firza, Baru seminggu kita belajar . Lama-lama nanti biasa la tu. Jangan ikutkan sangat perasan awk tu. Awk boleh.”

“Tapi………emm, entahlah tak tahu nak cakap . Jiwa kacau je ni, rasa kosong.”

“Apa kata maghrib ni kita pergi surau. Sy dengar ada pengisian agama malam ni  kat surau. Mana tau awk lebih tenang dan tenteram lepas tu.”

“Jom lah. Gila juga asyik terperap dalam bilik ni je.”

“Tau pun awk.”, kata Ain sambil tersenyum.

Malam itu aku ke surau bersama Ain, pengisian malam itu sangat-sangat menenangkan jiwa dan membuat hati aku lebih tenang. Kekacauan dan kekosongan jiwa terisi dengan ubat rohani . Teringat antara isi pengisian tersebut “Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat.” dan

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh.”

                Selepas dari pengisian tersebut aku menanamkan tekad dalam hati untuk sering berkunjung ke majlis ilmu. Semangatku seperti ditiup kembali dan dicas dengan sentimen-sentimen positif.  Niat aku untuk menukar jurusan sebelum ini juga mati begitu sahaja. Mungkin ada hikmah disebalik kesusahan yang berlaku.  Malam itu aku merawat rohani dengan membaca  Al-Quran terjemahan yang baru aku beli dua hari yang lalu. Itulah Al-Quran yang pertama aku beli dengan duit poket aku sendiri. Aku meneliti setiap terjemahan surah Al-Baqarah.

Tibanya  di ayat  yang ke-216, Titisan-titisan jernih mengalir membasahi pipiku.

“Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(2 : 216)

            Allah lah yang menciptakan kita dan Dialah yang mengetahui setiap keperluan hambaNya dan Dia juga lah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita. Sedang kita? Asyik merungut dengan kesusahan sedikit yang kita hadapi. Ayat ni menyedarkan aku untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Ramai lagi orang di luar sana yang berkeinginan untuk memasuki Universiti tetapi mengalami kekangan wang dan sebagainya. Sedangkan aku? Mengeluh saja padahal perjuangan baru bermula.

Peristiwa itulah yang menjadi “turning point” dalam hidupku dan sejak dari itu aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan mengunjungi majlis-majlis ilmu di kampus seperti ceramah , usrah dan halaqah.  Disitu jugalah aku dan rakan-rakan menemui kak Iffah yang merupakan naqibah dan menyertai kumpulan usrah yang dikendali olehnya.  Hampir setiap minggu kami akan berusrah dan membincangkan sesuatu tajuk . Banyak juga perubahan yang berlaku dalam diriku sikit demi sedikit dan aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan hidayah Allah yang sangat berharga ini. Aku lebih tenang sekarang.

Krinnnngggg………Krinnnggggg !!

Deringan telefon bimbit yang agak kuat mematikan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan nama “Ain ” tertera di skrin telefonku. Aku menekan punat “answer”.

“Assalamualaikum Firza, Jom pergi makan. Kawan yang lain dah tunggu di kafe”

“Waalaikumsalam. Baik , 5 minit lagi saya turun.”

Aku mematikan telefon lalu bingkas bangun  dari katil menuju ke tandas dan bersiap turun.

***

Malam itu setelah usai berusrah bersama kak Iffah,aku kembali ke bilik. Aku mengambil telefon bimbit yang sengaja aku tinggalkan. Di skrin telefon bimbitku terpamer satu pesanan ringkas ;

“[Salam Tinta Kasih] Tahniah ! Anda dipilih untuk menyertai team teater kami. Sila sahkan penyertaan dengan datang ke mesyuarat pada pukul 10 malam ini. Sekian . s/u”

Lebih kurang satu jam lagi mesyuarat tersebut akan bermula. Aku duduk di meja belajar dan membuat sedikit tugasan yang diberikan oleh pensyarah siang tadi. Beginilah rutin harian aku di dunia kampus. Sisa-sisa masa yang ada, aku gunakan untuk menyiapkan tugasan-tugasan dan mengulangkaji pelajaran.

Jam di meja belajarku lagi lima minit akan mengarah ke angka 10. Lantas aku bangun dan bersiap-siap untuk turun ke bilik mesyuarat kolej.

***

Bersambung….

Advertisements