Tag Archives: istiqamah

Pakai stokin. pelik ke?

Salam alaik. apa khabar iman? Mudahan-mudahan iman kita semua diperbaharui dengan lebih baik setiap hari.

Awal musim cuti sekolah yang lalu, adik sedara ana yang berusia 10 tahun bernama kimy datang ke rumah . Sudah kebiasaan cuti sekolahnya akan dihabiskan di rumah ana. Mungkin kerana ibu ana yang menjadi “baby sister”nya semasa kecil dulu, hal itu yang membuatkan dia rapat dengan keluarga ana.

“Acik nak pergi mana, kimy nak ikut.”

“Acik nak keluar sekejap ambil Along kat tempat kerja, nak ikut cepat.” sambil ana mencapai stokin dan memakainya. Lalu ana menyarung sandal.

“Acik, kenapa pakai stokin dengan selipar?” tanya kimy dengan muka penuh hairan.

belum sempat ana menjawab, kimy memintas

“aurat eh.”

“Hah , pandai pun kimy.” ana menjawab selamba.

Syukur dia tahu yang kaki wanita itu aurat. Mungkin dia agak pelik kerana diakhir zaman ini sudah ramai wanita muslimat yang tidak menutup aurat dengan sempurna lagikan ingin memakai stokin . Tudung juga dijadikan “trend” bukan tujuan untuk menutup aurat.

Ana teringat akan satu hadis nabi Muhamad s.a.w

 “Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Jadi jangan berasa malu jika nak merubah diri kearah kebaikan. Sememangnya kelihatan pelik dan asing dari orang lain pada mulanya tetapi di pengakhirannya, Allah menjanjikan ganjaran yang tak ternilai.

Seorang akhwat pernah berkata kepada ana:                                                                  Allah tidak memandang siapa kita pada mulanya                                                       Tapi Allah memandang siapa kita pada akhir kehidupan

                  pagi tadi ana ada baca satu artikel yang menarik di laman sesawang ILUVISLAM bertajuk “Hanya stokin namun aku bersyukur“. Artikel ni mengisahkan  seorang pelajar muslimat yang memakai stokin sekadar mengikut “rule and regulation” di sekolah asramanya sahaja. Dia seorang pelajar yang sangat mengikut peraturan sekolah. Ini bermakna dia ialah seorang pelajar yang baik dan berdisiplin.

Peraturan di sekolahnya menyuruh semua pelajar muslimat memakai stokin apabila hendak kemana-mana. Kalau ikutkan “rule and regulation” Allah s.w.t sememangnya semua wanita yang bergelar muslimat WAJIB menutupi kakinya kerana kaki merupakan salah satu anggota dari aurat wanita . (Malas nak cerita panjang, yang masih tak tahu aurat wanita sila klik sini).

Di sekolah pelajar ini akan memakai stokin kemana sahaja dia pergi tetapi tidak pula di rumah. Sehingga dia memasuki Kolej Matrikulasi dan hidayah Allah tiba padanya, baru dia ikhlas memakai stokin sehingga sekarang. Walau sekadar stokin, dia tetap bersyukur. Selama 5 tahun memakai stokin tetapi baru tahun ke 6 dia ikhlas dengan pemakaian stokin. Moga dia tetap istiqamah.

Lepas baca artikel tu, ana teringat ketika pertama kali  ana ingin istiqamah memakai stokin. Walaupun pada mulanya merasa janggal dan mendapat sindiran-sindiran dari rakan-rakan tapi Alhamdulillah Allah perkuatkan juga ana untuk tetap istiqamah. Sekarang , ana tak kisah apa orang nak kata. Bukan redha manusia yang kita nak cari, tapi redha Allah. insya’Allah. Moga ana, enta/ti dan antum/na yang dirahmati Allah sekalian istiqamah dijalanNya.

Wallahualam 🙂