Maaf, aku tak boleh 2

Seminggu berlalu bergitu sahaja.  Hampir seminggu aku dan rakan-rakan banyak menghabiskan masa dengan latihan teater. Setiap malam kami ada perjumpaan dan latihan. Hubungan kami dan ahli kumpulan teater tersebut saban hari menjadi semakin rapat. Kebanyakan lelaki yang terlibat dalam teater tersebut berpewatakan agak lembut dan mereka lebih selesa bergaul dengan perempuan berbanding lelaki . Mungkin disebabkan itu, aku dan rakan-rakan jadi rapat dengan mereka berbanding dengan lelaki lain.

Sejak dari persembahan teater tersebut, kami sering mengulangkaji pelajaran , makan dan ke kelas bersama-sama. Kami sudah seperti sahabat yang sangat karib. Kemana sahaja bersama-sama dan “outing” juga bersama-sama. Jika salah satu dari kami dikacau atau diganggu , kami semua akan pertahankan. Aku sangat sayang pada persahabatan ini, jika satu hari tidak bergurau senda dengan mereka terasa hari itu seperti tidak lengkap.

Di suatu petang , Zaid salah seorang dari mereka menelefon aku,

“Assalamualaikum, Korang free tak petang ni? Jom kita lawan tennis. Hafith dengan Mirza pun ajak sekali ni.”

“Waalaikumsalam. Boleh lah. Kitorang pun tengah borak-borak je ni. Bosan juga. Baik pukul berapa?”

“ Lepas asar tu tunggu kat gelanggang ye.”

“ Ok . Kalau group korang kalah kena belanja kitorang makan malam ni. Amacam?”

“Boleh ! tak ada hal lah.”

 

Selepas saja waktu asar , kami terus bersiap-siap dengan track bottom dan berkasut sukan terus bergegas ke gelanggang. Aku juga sudah tidak sabar nak berentap dengan Zaid dan yang lain.

 

“Korang warm up dulu tau, pastikan kita menang dengan mamat-mamat tu.”

“ Jangan risan Firza, mesti kita menang lagi kali ni. Diorang bukan pandai pun main tenis ni. Eksyen je lebih.” Zalfa menjawab dengan selamba.

“Pandai-pandai je awak Zalfa. Kita tengok je macam mana nanti.” Jawab ku sambil tergelak kecil.

 

Perlawanan sengit berlaku antara kami berlapan dan kemenangan berpihak pada kumpulan aku ,Zalfa, ain dan Lisya. Aku memandang sinis penuh makna pada kumpulan yang kalah dan bersuara

“ Zaid !!!   Malam nanti jangan buat-buat lupa pula.” Sambil aku tersenyum sinis dan berlalu pulang bersama rakan-rakan yang lain.

Muka Zaid agak bengang kerana sudah tiga kali kalah dalam perlawanan tennis, tetapi dia tetap mengukir senyuman  apabila aku menyindirnya .

 

Makan malam pada malam itu ditaja oleh Zaid dan rakan-rakannya. Kami bergelak gembira malam itu. Sambil sindir menyindir tentang perlawanan petang tadi. Riuh rendah kafe tersebut dengan suara kami berlapan. Pelajar-pelajar lain yang sedang menikmati juadah makan malam di sekeliling meja kami juga kadang kala mencuri pandang kearah meja kami. Mungkin kami mengganggu ketenangan mereka untuk makan.

“Eh sekarang da pukul 9.50 lah.”, Tiba-tiba Lisya bersuara sambil matanya memandang kearah jam tangan casionya.

 

“Kenapa kalau dah pukul 9.50 Lisya?”, Aku bertanya penuh hairan.

 

“Eh Firza, awak tak ingat ke? Kan malam ni kita ada usrah pukul 10. Hah lupa la tu.”

 

“A’ah lah. Tu lah gelak sakan sampai terlupa. Jom lah kita pergi. Lagi 10 minit je. Zaid, kami gerak dulu ye.  Ada hal”

Kami berempat bingkas bangun dan meninggalkan meja yang masih riuh rendah dengan suara “Zaid and the geng”.

****

Malam itu , mata aku susah untuk dilelapkan. Fikiranku berlegar-legar memikirkan perbincangan kami semasa usrah tadi. Tajuknya “Batas Pergaulan”.

“Kak Iffah , Kalau lelaki tu lembut dan dia banyak berkawan dengan perempuan macammana? Tak boleh ke kita berkawan rapat?”, Aku bertanya dengan penuh tanda tanya.

“Walau dari perwatakan atau lahiriahnya ada sedikit “keperempuanan” tetapi batinnya tetap lelaki dik. Tetap bernafsu pada kaum wanita. Takkan lah nanti dia akan berkahwin dengan lelaki pula. Hukumnya tetap sama seperti lelaki ajnabi yang lain.” Jelas kak Iffah ringkas tetapi aku dapat memahaminya.

Aku tak boleh terus begini. Mungkin selepas ini aku dan rakan-rakan perlu jarakkan hubungan persahabatan dengan Zaid dan rakan-rakannya. Betul kata Kak Iffah, walau apa alasannya, mereka tetap lelaki. Mereka tetap ada perasaan terhadap wanita. Aku terasa malu dengan diri sendiri dan Allah s.w.t. Mungkin hubungan rapat kami berlapan  boleh menimbulkan fitnah oleh orang sekeliling kami terutamanya rakan-rakan sekelas.

 

Esoknya aku berbincang dengan semua rakan-rakanku , Ain, Lisya dan Zalfa.  Mereka pun berperasaan seperti aku juga.  Serba salah menyelubungi diri kami berempat . Tiap-tiap minggu kami mengikuti usrah tetapi di luar kami tetap bergaul mesra dengan lelaki ajnabi.  Kami sangat menyesal atas apa yang berlaku. Rupa-rupanya banyak mulut yang sudah mengatakan perihal kami berlapan.

“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami yang baru melangkah mencari sinar iman ini Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami Ya Allah. Amin.”

 

Malam itu adalah kertas peperiksaan terakhir kami pada semester pertama ini. Alhamdulillah, Aku dapat menjawab dengan tenang begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Dalam perjalanan keluar dari dewan, kami terserempak dengan Zaid dan rakan-rakan. Sudah kebiasaannya mereka akan menunggu aku dan rakan-rakan selepas habis kelas.

“Firza, kenapa laju sangat nak balik. Jom lah “open table” (pergi makan) malam ni. Dah habis exam kan.”

“MAAF ZAID, AKU TAK BOLEH” , Aku menjawab dengan nada perlahan dan aku rasa sudah cukup membuatkan Zaid faham.

Sedih meruntun hati aku dikala itu. Sudah satu semester kami sering bersama dan bergelak ketawa. Pelbagai masalah kami kongsi bersama. Segala kenangan bersama terimbas di layar minda ku tika itu, datang silih berganti. Tetapi aku perlu kuat dan tabah. Sekarang , aku perlu relai semua ini untuk menjaga iktilat sesama mukmin dan aku dan rakan-rakan juga perlu sedar yang kami sudah ditarbiah. Sampai sahaja di bilik, aku menunaikan solat fardhu Isyak dan Solat Sunat Taubat. Aku meminta ampun kepada Allah s.w.t atas segala kekhilafan diri selama ini. Aku memohon agar Allah memberi aku dan rakan-rakanku kekuatan untuk terus istiqamah menjaga diri dari lelaki yang bukan mahram kami. Moga Allah memperkenankan doa kami. Amin..

Cerpen tamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s